SEJARAH LAHIRNYA ILMU NAHU
Bangsa arab
merupakan bangsa yang memilki nilai sastra yang tinggi. Di zaman Arab kuno
setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumbul dan membanggakan
syair-syair yang ada diantara mereka. Salah satu pasar seni yang terkenal
adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal. Awalnya bahasa Arab amat terjaga
sampai islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam (bukan Arab). Dari sinilah
mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa arab. Penyebab utamanya adalah
adanya percampuran antara bahasa arab dengan 'ajam. Kekeliruan ini sangat
berbahaya karena boleh merusak makna ayat Al Quran. Sehingga Akhirnya
kaidah-kaidah bahasa arab disusun dan diberi nama nahwu. Para ulama hampir
bersepakat bahwa penyusun ilmu nahwu pertama adalah Abul Aswad Ad Dualy (67 H)
dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali
Rhadiyallahu ‘anhu. ١-
التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية
– شيخ محمد محي الدين عبد الحميد – ص : ٦ واضعه – والمشهور أن أول واضع لعلم النحو
هو أبو أسود الدوليُّ ، بأمر أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب رضي الله تعالى عنهما
!. ٢- الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة-
الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٢٥ – دار الكتب العلمية. وسبب تسمية هذا
العلم بالنحو ما روي أن عليًا رضي الله عنه لما أشار على أبي الأسود الدولي أن يضعه
قال له بعد أن علمه الاسم والفعل والحرف : الاسم ما أنبأ عن المسمى ، والفعل ما أنبأ
عن حركة المسمى ، والحرف ما أنبأ عن معنى في غيره والرفع للفاعل وما اشتبه به والنصب
للمفعول وما حمل عليه والجر للمضاف وما يناسبه انح هذا النحو يا أبا الأسود فسمي بذلك
تبركاً بلفظ الواضع له Sejarah munculnya Ilmu Nahwu ini pada
ketika zaman Abul Aswad Ad-Dauli datang kerumah puterinya di tanah Basroh,
(pada masa sekarang sebuah negeri di negara Iraq). Pada saat itu puterinya
mengatakan يَا أَبَتِ مَا اَشَدُّ الْحَرِّ, dengan membaca Rofa’ pada lafadz اَشَدُّ dan membaca jar pada lafazh الْحَرّ , yang menurut bahasa yang benar مَا nya
dilakukan sebagai Istifham yang artinya: “Wahai Ayahku ! Kenapa sangat panas?
Dengan spontan Abul Aswad menjawap شَهْرُنَا
هَذَا (Wahai
Puteriku, bulannya memamg musim panas).
Mendengar jawapan Ayahnya, puterinya langsung berkata : “Wahai Ayah,
saya tidak bertanya kepadamu tentang panasnya bulan ini, tetapi saya memberi
khabar kepadamu atas kekagumanku pada panasnya bulan ini (yang semestinya jika
dikehendaki Ta’ajub diucapkan مَا اَشَدَّ الْحَرَّ , dengan membaca fathah pada اَشَدَّ dan membaca Nashob الْحَرَّ ).
Sejak kejadian itu, Abul Aswad lalu datang kepada sahabat, Amirul
Mu’minin Khalifah ‘Ali, Seraya berkata “ Wahai Amirul Mukminin, bahasa kita
telah tercampur dengan yang lain”, sambil menceritakan kejadian antara dia dan
puterinya, maka buatlah saya sebuah ilmu, kemudian Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali membacakan: اَلْكَلاَمُ
كُلُّهُ
لاَيَخْرُجُ عَنِ اسْمٍ وَفِعْلٍ وَحَرْفٍ
الخ عَلَى هَذَا النَّحْوِ
“Kalam itu tidak boleh lepas dari kalimat Isim, Fi’il, dan Huruf, dan
teruskanlah untuk sesamanya ini”. Kemudian Abul Aswad Ad-Dauli mengarang bab
Istifham dan Ta’jjub, dan Di kisahkan pula dari Abul Aswad Ad-Duali, ketika ia
melewati seseorang yang sedang membaca al-Qur’an, ia mendengar sang qari
membaca surat At-Taubah ayat 3 dengan ucapan :
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
وَرَسُوْلِهِ Dengan mengkasrahkan huruf lam pada kata
rasuulihi yang seharusnya di dhommah. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah
berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..” Hal ini menyebabkan arti
dari kalimat tersebut menjadi rosak dan menyesatkan. Seharusnya kalimat
tersebut adalah, إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ
مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلُهُ “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari
orang-orang musyrikin.” Kerana mendengar perkataan ini, Abul Aswad Ad-Duali
menjadi ketakutan, ia takut keindahan Bahasa Arab menjadi rosak dan gagahnya
Bahasa Arab ini menjadi hilang, padahal hal tersebut terjadi di awal mula daulah
Islam. Lalu beliau mengarang bab Athof dan Na’at, yang pada setiap karangan
selalu dihaturnya pada Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali sehingga sampai mencukupi
ilmu Nahwu yang mencukupi. Dengan melihat cerita tersebut maka pengarang ilmu
Nahwu pada haqiqotnya adalah Khalifah Saidina ‘Ali, yanag melaksanaakannya
adalah Abul Aswad Ad-Dauli. Pada pekembnagan selanjutnya, banyak orang yang
menimba ilmu dari Abul Aswad, diantaranya Maimun Al-Aqron, kemudian generasinya
Abu Amr bin Ala’, kemudian generasinya Imam al Kholil al Farahidi al Bashri
(peletak ilmu arudh dan penulis mu’jam pertama), kemudian generasinya Imam
Sibaweh dan Imam Al-Kisa’I (pakar ilmu nahwu, dan menjadi rujukan dalam kaidah
Bahasa Arab). Seiring dengan berjalannya waktu, kaidah Bahasa Arab berpecah
belah menjadi dua mazhab, yakni mazhab Basrah dan Kuufi (padahal kedua-duanya
bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tidak henti-hentinya
tersebar sampai akhirnya mereka membaguskan pembukuan ilmu nahwu sampai kepada
kita sekarang.
for more info-click here
for more info-click here
No comments:
Post a Comment