SEJARAH
SEKOLAH
SMU (A) Tarbiah Islamiah telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah
melahirkan ramai cendikiawan yang terkemuka. Sehingga kini terdapat ramai
mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA-IPTS tempatan dan luar negara.
Pendidikan sekolah ini mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu Al-Azhar dan
Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU),Sijil Menengah Ugama (SMU)
dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Manakala, Kurikulum Kebangsaan
membolehkan para pelajar YIK mengambil peperiksaan PMR,SPM dan STPM.
Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar SMU (A) Tarbiah Islamiah
terdiri daripada guru-guru agama lepasan Nilam Puri. Sehingga kini, dengan
kemajuan sistem pendidikan sekarang tenaga pengajarnya telah bertambah kepada
guru-guru lepasan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara iaitu
Universiti Al-Azhar, Universiti Libya dan lain-lain.
Pada 12 Ogos 2008, perjanjian persefahaman di antara Kerajaan Negeri
Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMU (A) Tarbiah
Islamiah, Kampung Lepah sebagai salah satu daripada 20 buah Sekolah Agama
Rakyat (SAR) untuk didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK). Ini bertujuan untuk
memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan supaya
tidak ketinggalan dalam semua aspek.
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
SMU(A) Tarbiah Islamiah, pada awalnya ditubuhkan di tapak asal masjid
Kg. Lepah pada tahun 1958 dengan nama Madrasah Tarbiah Islamiah dan diasaskan
oleh Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad. Lebih kurang setahun kemudian, sekolah
ini dipindahkan ke tapak sekarang iaitu di atas sebidang tanah wakaf Lot No.
829, Kg. Lepah dan bangunan asalnya telah dirobohkan
Kemudian pada tahun 1974, madrasah ini diambil alih oleh Jabatan
Sekolah Agama (JASA) dan dibiayai oleh JASA. Madrasah ini kemudiannya
diletakkan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun 1978 dan
ditukar nama kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Kg. Lepah.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan YAB. Tuan Guru
Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 19 Januari 1995 bersamaan dengan 17 Syaaban
1415H.

No comments:
Post a Comment